Saturday 30 August 2008

FAMILY DAY!

1hb September 2008 (hari Isnin) yang akan datang ini merupakan Family Day SIB Praise Valley yang pertama. Outing ini akan diadakan di Pedaun Bawah, Bau. Sila bawa makanan dari rumah masing-masing untuk dikongsikan bersama-sama. Anda juga boleh membawa bahan-bahan untuk dipanggang pada waktu itu. Antara acara yang menarik ialah BBQ, makan-makan, mandi-manda, pertandingan menyelam dan pertandingan mencari 'tekuyong' (siput sungai). Keluarga besar SIB Praise Valley mengalu-alukan saudara-saudari yang ingin menyertai outing ini. Bagi yang tidak mengetahui di mana tempat perkelahan ini, sila hubungi Pastor Oda Ato (019-8288275) atau Penatua Anthony Antong (019-8390094).

Come and be blessed!

Thursday 7 August 2008

MEMBANGUN RUMAH ALLAH

"Karena sungguhpun kami menjadi budak, tetapi di dalam perbudakan itu kami tidak ditinggalkan Allah kami. Ia membuat kami disayangi oleh raja-raja negeri Persia, sehingga kami mendapat kelegaan untuk membangun rumah Allah kami dan menegakkan kembali reruntuhannya, dan diberi tembok pelindung di Yehuda dan di Yerusalem." (Ezr 9:9)
"Mereka akan diam di sana dengan aman tenteram, mereka akan membangun rumah dan membuat kebun anggur. Ya, mereka akan diam dengan aman tenteram pada saat Aku menjatuhkan hukuman atas semua tetangganya yang menghina mereka. Dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN, Allah mereka." (Yeh 28:26)


Terpujilah nama Tuhan.. SIB Praise Valley (Lembah Pujian) akan memulakan ibadahnya yang pertama di rumah Tuhan yang baru pada hari Ahad ini (10 Ogos 2008) pukul 10:30am di alamat berikut:
No. 549, 2nd Floor, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Satok, 93300 Kuching.
Gereja Tuhan ini berada di kawasan deretan kedai di seberang ibu pejabat Polis Diraja Malaysia, iaitu di atas Syarikat Proton Edar (sebaris dengan Bank Muamalat). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pastor Oda Ato (019-8288275), Penatua Anthony Antong (019-8390094).

Admin says:

VISI:
Gereja yang menghasilkan penyembah-penyembah yang sejati.

MISI:
Memenangkan jiwa-jiwa dengan sorakan pujian dari seluruh bangsa, kota dan negara bagi Kristus.


Website:
http://www.sibpraisevalley.ning.com
e-mail:
sib.praise valley@gmail.com

2 TAWARIKH 20:26