Aksi Freddie & Sakai bermain alat musik untuk Tuhan.
Anak-anak muda yang hadir pada malam tersebut.
Dancing for the Lord!
Happy to worship Him!
Rock 4 Jesus Concert merupakan satu program anjuran SIB New Life Kuching. Ianya telah diadakan pada 26 Oktober 2008 (7pm) bertempat di SIB New Life. Beberapa gereja telah diundang untuk mempersembahkan 3 buah lagu pujian & penyembahan pada malam tersebut. SIB Praise Valley telah menghantar 1 team Praise & Worship yang terdiri daripada Clarence, Ervina, Freddie, Sakai, Kholyn, Chiwi & Martin ke concert berkenaan. Team ini telah membawa 3 buah lagu iaitu Takkan Melebihi Kekuatanku, Bagai Rajawali & Brand New Day. Majoriti yang hadir pada malam tersebut merupakan anak-anak muda, sesuai dengan temanya 'Rock 4 Jesus'. Namun begitu, terdapat juga sebilangan kaum ibu & bapa yang turut serta dalam konsert berkenaan. Program ini ternyata menerima maklum balas yang baik daripada anak-anak muda sekitar Kuching ini. Di harap program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Let's rock 4 Jesus!!!