Monday 5 October 2009

2 SESI KEBAKTIAN

Bermula dari 16 Ogos 2009, pihak kepimpinan gereja mengambil keputusan untuk mengadakan dua sesi kebaktian pada setiap hari Ahad untuk menampung keperluaan jemaat Tuhan yang semakin ramai. Oleh yang demikian, Sesi I akan bermula pada 8.30am-10am manakala Sesi II akan bermula pada 10.30am-12.30pm. Kebaktian Gabungan (Open Sharing) akan diadakan pada setiap awal bulan (Ahad yang pertama). Sila datang beribadah bersama-sama keluarga besar SIB Praise Valley mengikut kesesuaian masing-msing. Marilah kita sama-sama mencari wajah Tuhan dan memuliakan-Nya. Tuhan memberkati..

PELAYANAN DI SIB SHAH ALAM, SELANGOR.






Seramai 17 orang dari Pelayanan Pujian & Penyembahan SIB Praise Valley bersama-sama dengan Pastor Oda Ato serta Penatua Anthony Antong telah melawat ke SIB Shah Alam, Selangor pada 31 Julai 2009 - 2 Ogos 2009 yang lalu. Berikutan itu, SIB Shah Alam telah menyumbang sebanyak RM1500 kepada Projek Batu-Bata (PBB) SIB Praise Valley bagi tujuan memperluaskan lagi ruang kebaktian gereja. Terima kasih atas doa dan penyertaan semua yang terlibat. Tuhan memberkati..

PELAYANAN DI SIMUNJAN, BAU & CONCERT ROCK 4 HIM

Terima kasih atas penyertaan dan pelayanan semua yang terlibat di dalam pelayanan-pelayanan seperti yang dinyatakan di bawah ini:

(a) Pelayanan di Simunjan pada 28-29 Ogos 2009.
(b) Pelayanan di SIB Bau pada 27 September 2009.
(c) Pelayanan di Concert Rock 4 Him (anjuran SIB New Life) pada 27 September 2009.

Semoga berkat dan anugerah Tuhan terus menyertai kalian di dalam pelayanan-pelayanan yang akan Tuhan. Tuhan memberkati..

RETREAT GEREJA SIB PRAISE VALLEY 2009

Retreat Gereja SIB Praise Valley 2009 telah diadakan pada 12-13 September 2009 yang lalu di CAC Retreat Centre, Kampung Pedaun Bawah, Bau. Seramai 57 orang jemaat Tuhan telah menyertai retreat yang julung-julung kali diadakan ini. Tema Retreat Gereja SIB Praise Valley 2009 kali ini ialah "BERSAMA KELUARGAKU MELAYANI TUHAN". Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ialah pertandingan tarik tali (yang dimenangi oleh pemudi-pemudi), pertandingan berenang, pertandingan mencari tekuyong, pertandingan mencari gula dalam tepung, camp fire, pesta pujian, musical chair dan beberapa aktiviti-aktiviti yang lain. Seekor babi turut dikorbankan untuk dipanggang semasa retreat ini. Persekutuan di antara jemaat Tuhan SIB Praise Valley turut dieratkan lewat semua aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ini.

Bagi pihak Deaken Vincent Lian selaku pengerusi pengelola Retreat Gereja SIB Praise Valley 2009 ini, terima kasih atas penyertaan, penglibatan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua yang terlibat sepanjang retreat gereja kali ini. Diharap selaku satu keluarga yang besar di dalam Kristus, seluruh keluarga besar SIB Praise Valley dapat terus bersatu di dalam doa dan pelayanan demi mencapai visi dan misi gereja kita. Amen!

Saturday 26 September 2009

CONGRATULATION MARK & JESSICA



Seluruh keluarga besar SIB Praise Valley mengucapkan tahniah buat sdra Mark dan sdri Jessica atas majlis perkahwinan mereka yang telah diadakan pada 29 Ogos 2009 yang lalu di Penview Inn. Semoga Mr & Mrs Mark terus diberkati dan dipakai Tuhan dalam pekerjaan serta pelayanan, dan semoga kalian mendirikan keluarga yang takut serta taat akan Tuhan. Amen!

Wednesday 5 August 2009

MAJLIS PENYERAHAN GEREJA SIB PRAISE VALLEY




Majlis Penyerahan Gereja SIB Praise Valley akan diadakan pada 9 Ogos 2009 pada pukul 9.30am dan akan dikendalikan oleh Pastor William Leo (Ketua Daerah). Pot-Bless akan diadakan pada hari tersebut. Sila bawa makanan/minuman dari rumah untuk dikongsikan bersama-sama. Akan ada persembahan daripada kaum Bapa, Kaum Ibu, Pemuda-pemudi dan anak-anak Sekolah Minggu pada hari tersebut juga. Jangan lupa bawa rakan-rakan anda. Sama-sama kita memeriahkan hari yang paling bersejarah bagi gereja kita. See you there!

Wednesday 24 June 2009

HAPPY FATHER'S DAY!




Selamat Hari Bapa (21 Jun 2009) kepada semua kaum bapa daripada seluruh keluarga besar SIB Praise Valley. Terima kasih atas pengorbanan yang kalian berikan. Semoga Tuhan terus memberikan hikmat, kebijaksanaan dan kekuatan di dalam pelayanan, pekerjaan serta tugas kalian sebagai kepala keluarga. Amin!

Friday 8 May 2009

HAPPY MOTHER'S DAY!




Seluruh keluarga besar SIB Praise Valley mengucapkan SELAMAT HARI IBU (10 Mei 2009)untuk semua ibu-ibu. Semoga pada Hari Ibu yang akan datang ini, para ibu menerima penghargaan atas pelayanan yang mereka lakukan bagi Tuhan serta keluarga.

Tuesday 5 May 2009

THE WORD


Word are spiritual because in them they have power that produces results in the natural seeing world. Blessings, curses, good health, prosperity, and the life that you desire come from words. Learn how to use your mouth in have a victorious life.

Thursday 16 April 2009

Apa pandangan anda?




ShoutMix chat widget

Our Church

Slide Pelayanan

PROJEK BATU-BATA




Shalom...
Mac 2009 merupakan bulan ke 7 gereja SIBPV ditubuhkan. Semakin hari semakin ramai jemaat Tuhan yang menghadiri kebaktian hari Ahad. Malah kini ruangan ibadah(Hall) sudah sangat pack dan jemaat sangat sesak di dalamnya.

Tercetus satu idea di kalangan pemimpin gereja ini untuk membesarkan lagi ruang ibadah yang sedia ada. Tapi bagaimana? lot sebelah memang kosong dan menanti-nanti untuk kita mengisikannya, ya benar! tapi budget tidak cukup. Kewangan gereja memang masih lagi sungguh jauh daripada mencukupi untuk mendapatkan bangunan sebelah. Ini kerana kewangan yang kita ada sekarang adalah cukup-cukup unutk menbayar sewa, membayar balik apa yang kita pinjam. maklumlah gereja masih muda kan,semuanya memerlukan wang di bandaraya ini.

1 April 2009 bukan sahaja mengingatkan kita mengenai April pool, tapi ia mengingatkan kita mengenai tarikh di mana Tabung Projek Batu-Bata dilancarkan. Inilah satu-satunya cara kita unutk mempraktikkan apa yang dikothbahkan setiap hari minggu."Jika bukan kerana kita, siapa lagi yang kita harapkan untuk membangunkan gereja ini?"...Menteri? Pak Lah? Najib? Tauke besar? atau bank? Tidak...Tuhan mengajar umatNya beriman bukan mengandalkan kekuatan manusia atau bank...inilah masa untuk umat Tuhan menyatakan iman mereka pada dunia...bukan sekadar di mulut saja kan? Iman adalah meng"ada"kan yang tiada bukan? haaaaa...itulah iman kita orang percaya pada Yesus.

jadi, tabung ini akan berjalan sampai berdirinya kita umat Tuhan di bangunan sebelah atau mungkin sampai kita berdiri di bangunan yang sebelah saaaaaana lagi. Berdoalah! Iman tanpa perbuatan adalah MATI

Amen.

Friday 13 March 2009

KEBAKTIAN KEBANGUNAN ROHANI

Kebaktian Kebangunan Rohani bersama-sama Rev. Lois Chiew dari ICM, Kuala Lumpur akan diadakan pada:

(a) 22hb March 2009 (Ahad) - 10:30am
(b) 23hb March 2009 (Isnin) - 8pm
(c) 24hb March 2009 (Selasa) - 8pm

Sila hadirkan diri anda dan bawa teman-teman. Kita nantikan hadirat Allah bersama-sama. Amin!




* Untuk bacaan orang-orang Kristian sahaja.*

CHAMPION CAMP (SPK) 2009








Ini antara aksi-aksi yang sempat dirakamkan semasa Champion Camp (SPK) 2009 baru-baru ini. Champion Camp (SPK) 2009 ini telah diadakan pada 8hb-9hb March 2009 bertempat di CAC Retreat Centre, Pedaun (Bau). Seramai 40 orang pembina, anak-anak bina, penasihat serta keluarga telah menyertai kem ini. Antara topik yang telah dibincangkan semasa kem ini ialah Hati Bapa Surgawi, Yesus Tuhan Penyembuhku, Yesus Tuhan Pelepasku dan Kuasa Roh Kudus.

Walaupun terpaksa mengunakan air sungai untuk mandi dan air hujan untuk memasak, namun rata-rata peserta menerima sesuatu yang baru lewat kem ini. Ramai yang diberkati, disembuhkan, dilepaskan serta dipulihkan kembali. Nantikan kesaksian-kesaksian daripada mereka semasa sesi SPK yang akan datang.

Program Saya Pengikut Kristus (SPK) masih lagi rancak dijalankan pada setiap hari Ahad pukul 9-11am bertempat di SIB Praise Valley (SIB Lembah Pujian). Sertai kami sekiranya anda ingin mengalami hadirat Allah secara peribadi serta belajar untuk menjadi pengikut Yesus yang setia.

Jumpa anda di sana!



* Untuk bacaan orang-orang Kristian sahaja.

Thursday 8 January 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU DANNY & EDRA






Tahniah dan selamat pengantin baru daripada seluruh keluarga besar SIB Praise Valley kepada Danny & Edra yang telah melangsungkan perkahwinan mereka di SIB Canada Hill, Miri, pada 29 Disember 2008 yang lalu. Binalah keluarga kalian seperti yang diingini Tuhan. Semoga kasih anugerah dan damai sejahtera Allah menyertai kalian dalam kalian menempuh kehidupan yang baru ini.

Admin says:

VISI:
Gereja yang menghasilkan penyembah-penyembah yang sejati.

MISI:
Memenangkan jiwa-jiwa dengan sorakan pujian dari seluruh bangsa, kota dan negara bagi Kristus.


Website:
http://www.sibpraisevalley.ning.com
e-mail:
sib.praise valley@gmail.com

2 TAWARIKH 20:26