Friday 13 March 2009

KEBAKTIAN KEBANGUNAN ROHANI

Kebaktian Kebangunan Rohani bersama-sama Rev. Lois Chiew dari ICM, Kuala Lumpur akan diadakan pada:

(a) 22hb March 2009 (Ahad) - 10:30am
(b) 23hb March 2009 (Isnin) - 8pm
(c) 24hb March 2009 (Selasa) - 8pm

Sila hadirkan diri anda dan bawa teman-teman. Kita nantikan hadirat Allah bersama-sama. Amin!




* Untuk bacaan orang-orang Kristian sahaja.*

CHAMPION CAMP (SPK) 2009








Ini antara aksi-aksi yang sempat dirakamkan semasa Champion Camp (SPK) 2009 baru-baru ini. Champion Camp (SPK) 2009 ini telah diadakan pada 8hb-9hb March 2009 bertempat di CAC Retreat Centre, Pedaun (Bau). Seramai 40 orang pembina, anak-anak bina, penasihat serta keluarga telah menyertai kem ini. Antara topik yang telah dibincangkan semasa kem ini ialah Hati Bapa Surgawi, Yesus Tuhan Penyembuhku, Yesus Tuhan Pelepasku dan Kuasa Roh Kudus.

Walaupun terpaksa mengunakan air sungai untuk mandi dan air hujan untuk memasak, namun rata-rata peserta menerima sesuatu yang baru lewat kem ini. Ramai yang diberkati, disembuhkan, dilepaskan serta dipulihkan kembali. Nantikan kesaksian-kesaksian daripada mereka semasa sesi SPK yang akan datang.

Program Saya Pengikut Kristus (SPK) masih lagi rancak dijalankan pada setiap hari Ahad pukul 9-11am bertempat di SIB Praise Valley (SIB Lembah Pujian). Sertai kami sekiranya anda ingin mengalami hadirat Allah secara peribadi serta belajar untuk menjadi pengikut Yesus yang setia.

Jumpa anda di sana!



* Untuk bacaan orang-orang Kristian sahaja.

Admin says:

VISI:
Gereja yang menghasilkan penyembah-penyembah yang sejati.

MISI:
Memenangkan jiwa-jiwa dengan sorakan pujian dari seluruh bangsa, kota dan negara bagi Kristus.


Website:
http://www.sibpraisevalley.ning.com
e-mail:
sib.praise valley@gmail.com

2 TAWARIKH 20:26