Thursday 16 April 2009

Apa pandangan anda?




ShoutMix chat widget

Our Church

Slide Pelayanan

PROJEK BATU-BATA




Shalom...
Mac 2009 merupakan bulan ke 7 gereja SIBPV ditubuhkan. Semakin hari semakin ramai jemaat Tuhan yang menghadiri kebaktian hari Ahad. Malah kini ruangan ibadah(Hall) sudah sangat pack dan jemaat sangat sesak di dalamnya.

Tercetus satu idea di kalangan pemimpin gereja ini untuk membesarkan lagi ruang ibadah yang sedia ada. Tapi bagaimana? lot sebelah memang kosong dan menanti-nanti untuk kita mengisikannya, ya benar! tapi budget tidak cukup. Kewangan gereja memang masih lagi sungguh jauh daripada mencukupi untuk mendapatkan bangunan sebelah. Ini kerana kewangan yang kita ada sekarang adalah cukup-cukup unutk menbayar sewa, membayar balik apa yang kita pinjam. maklumlah gereja masih muda kan,semuanya memerlukan wang di bandaraya ini.

1 April 2009 bukan sahaja mengingatkan kita mengenai April pool, tapi ia mengingatkan kita mengenai tarikh di mana Tabung Projek Batu-Bata dilancarkan. Inilah satu-satunya cara kita unutk mempraktikkan apa yang dikothbahkan setiap hari minggu."Jika bukan kerana kita, siapa lagi yang kita harapkan untuk membangunkan gereja ini?"...Menteri? Pak Lah? Najib? Tauke besar? atau bank? Tidak...Tuhan mengajar umatNya beriman bukan mengandalkan kekuatan manusia atau bank...inilah masa untuk umat Tuhan menyatakan iman mereka pada dunia...bukan sekadar di mulut saja kan? Iman adalah meng"ada"kan yang tiada bukan? haaaaa...itulah iman kita orang percaya pada Yesus.

jadi, tabung ini akan berjalan sampai berdirinya kita umat Tuhan di bangunan sebelah atau mungkin sampai kita berdiri di bangunan yang sebelah saaaaaana lagi. Berdoalah! Iman tanpa perbuatan adalah MATI

Amen.

Admin says:

VISI:
Gereja yang menghasilkan penyembah-penyembah yang sejati.

MISI:
Memenangkan jiwa-jiwa dengan sorakan pujian dari seluruh bangsa, kota dan negara bagi Kristus.


Website:
http://www.sibpraisevalley.ning.com
e-mail:
sib.praise valley@gmail.com

2 TAWARIKH 20:26