Monday 5 October 2009

2 SESI KEBAKTIAN

Bermula dari 16 Ogos 2009, pihak kepimpinan gereja mengambil keputusan untuk mengadakan dua sesi kebaktian pada setiap hari Ahad untuk menampung keperluaan jemaat Tuhan yang semakin ramai. Oleh yang demikian, Sesi I akan bermula pada 8.30am-10am manakala Sesi II akan bermula pada 10.30am-12.30pm. Kebaktian Gabungan (Open Sharing) akan diadakan pada setiap awal bulan (Ahad yang pertama). Sila datang beribadah bersama-sama keluarga besar SIB Praise Valley mengikut kesesuaian masing-msing. Marilah kita sama-sama mencari wajah Tuhan dan memuliakan-Nya. Tuhan memberkati..

PELAYANAN DI SIB SHAH ALAM, SELANGOR.






Seramai 17 orang dari Pelayanan Pujian & Penyembahan SIB Praise Valley bersama-sama dengan Pastor Oda Ato serta Penatua Anthony Antong telah melawat ke SIB Shah Alam, Selangor pada 31 Julai 2009 - 2 Ogos 2009 yang lalu. Berikutan itu, SIB Shah Alam telah menyumbang sebanyak RM1500 kepada Projek Batu-Bata (PBB) SIB Praise Valley bagi tujuan memperluaskan lagi ruang kebaktian gereja. Terima kasih atas doa dan penyertaan semua yang terlibat. Tuhan memberkati..

PELAYANAN DI SIMUNJAN, BAU & CONCERT ROCK 4 HIM

Terima kasih atas penyertaan dan pelayanan semua yang terlibat di dalam pelayanan-pelayanan seperti yang dinyatakan di bawah ini:

(a) Pelayanan di Simunjan pada 28-29 Ogos 2009.
(b) Pelayanan di SIB Bau pada 27 September 2009.
(c) Pelayanan di Concert Rock 4 Him (anjuran SIB New Life) pada 27 September 2009.

Semoga berkat dan anugerah Tuhan terus menyertai kalian di dalam pelayanan-pelayanan yang akan Tuhan. Tuhan memberkati..

RETREAT GEREJA SIB PRAISE VALLEY 2009

Retreat Gereja SIB Praise Valley 2009 telah diadakan pada 12-13 September 2009 yang lalu di CAC Retreat Centre, Kampung Pedaun Bawah, Bau. Seramai 57 orang jemaat Tuhan telah menyertai retreat yang julung-julung kali diadakan ini. Tema Retreat Gereja SIB Praise Valley 2009 kali ini ialah "BERSAMA KELUARGAKU MELAYANI TUHAN". Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ialah pertandingan tarik tali (yang dimenangi oleh pemudi-pemudi), pertandingan berenang, pertandingan mencari tekuyong, pertandingan mencari gula dalam tepung, camp fire, pesta pujian, musical chair dan beberapa aktiviti-aktiviti yang lain. Seekor babi turut dikorbankan untuk dipanggang semasa retreat ini. Persekutuan di antara jemaat Tuhan SIB Praise Valley turut dieratkan lewat semua aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ini.

Bagi pihak Deaken Vincent Lian selaku pengerusi pengelola Retreat Gereja SIB Praise Valley 2009 ini, terima kasih atas penyertaan, penglibatan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua yang terlibat sepanjang retreat gereja kali ini. Diharap selaku satu keluarga yang besar di dalam Kristus, seluruh keluarga besar SIB Praise Valley dapat terus bersatu di dalam doa dan pelayanan demi mencapai visi dan misi gereja kita. Amen!

Admin says:

VISI:
Gereja yang menghasilkan penyembah-penyembah yang sejati.

MISI:
Memenangkan jiwa-jiwa dengan sorakan pujian dari seluruh bangsa, kota dan negara bagi Kristus.


Website:
http://www.sibpraisevalley.ning.com
e-mail:
sib.praise valley@gmail.com

2 TAWARIKH 20:26