Monday 5 October 2009

RETREAT GEREJA SIB PRAISE VALLEY 2009

Retreat Gereja SIB Praise Valley 2009 telah diadakan pada 12-13 September 2009 yang lalu di CAC Retreat Centre, Kampung Pedaun Bawah, Bau. Seramai 57 orang jemaat Tuhan telah menyertai retreat yang julung-julung kali diadakan ini. Tema Retreat Gereja SIB Praise Valley 2009 kali ini ialah "BERSAMA KELUARGAKU MELAYANI TUHAN". Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ialah pertandingan tarik tali (yang dimenangi oleh pemudi-pemudi), pertandingan berenang, pertandingan mencari tekuyong, pertandingan mencari gula dalam tepung, camp fire, pesta pujian, musical chair dan beberapa aktiviti-aktiviti yang lain. Seekor babi turut dikorbankan untuk dipanggang semasa retreat ini. Persekutuan di antara jemaat Tuhan SIB Praise Valley turut dieratkan lewat semua aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ini.

Bagi pihak Deaken Vincent Lian selaku pengerusi pengelola Retreat Gereja SIB Praise Valley 2009 ini, terima kasih atas penyertaan, penglibatan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua yang terlibat sepanjang retreat gereja kali ini. Diharap selaku satu keluarga yang besar di dalam Kristus, seluruh keluarga besar SIB Praise Valley dapat terus bersatu di dalam doa dan pelayanan demi mencapai visi dan misi gereja kita. Amen!

No comments:

Admin says:

VISI:
Gereja yang menghasilkan penyembah-penyembah yang sejati.

MISI:
Memenangkan jiwa-jiwa dengan sorakan pujian dari seluruh bangsa, kota dan negara bagi Kristus.


Website:
http://www.sibpraisevalley.ning.com
e-mail:
sib.praise valley@gmail.com

2 TAWARIKH 20:26