Sunday 24 January 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010




Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 bagi setiap jemaat Tuhan daripada barisan kepimpinan gereja SIB Praise Valley (SIB Lembah Pujian) memandangkan kita masih berada di bulan Januari 2010 ini.

Sudah 24 hari kita menjejaki kaki ke dalam tahun yang baru ini. Setakat ini, kebaktian gabungan masih lagi diadakan pada setiap hari Ahad memandangkan ramai di kalangan pelajar-pelajar IPT masih lagi sedang bercuti. Kebaktian dua sesi hanya akan bermula pada 7hb Februari 2010 nanti (tertakluk kepada perubahan). Kebaktian gabungan hanya akan diadakan pada setiap Ahad yang pertama di dalam setiap bulan. Kebaktian dua sesi pula terdiri daripada:
Kebaktian Sesi I : 8.30am-10am
Kebaktian Sesi II: 10.30am-12.30pm

Pada 31 Januari 2010 ini, kita akan mengadakan Hari Penghargaan Pastor untuk Pastor Oda Ato yang setia melayani jemaat Tuhan selama ini. Oleh yang demikian, pot-bless akan diadakan pada hari tersebut. Sila bawa bersama makanan dan minuman dari rumah untuk dikongsikan bersama-sama pada hari tersebut.

Pada 30 Januari 2010 juga, Pelayanan Pemuda-Pemudi akan mengadakan Youth Welcoming Nite bertempat di gereja pada pukul 7.30pm. Youth Welcoming Nite ini adalah untuk menyambut pelajar-pelajar baru yang baru datang ke Kuching untuk menyambung pelajaran serta merayakan permulaan semester baru bagi pelajar-pelajar lama di samping untuk mengeratkan lagi kesatuan di antara pelajar-pelajar baru dan lama. Sila bawa rakan-rakan anda agar kita dapat diberkati lewat program ini pada malam tersebut nanti.

Pada 7 Februari 2010 juga, program Saya Pengikut Kristus (SPK) yang ke-4 yang dinanti-nantikan juga akan bermula. Sila daftarkan diri anda dengan Diaken Chiwi Ngang dan alamilah transformasi yang menyegarkan jiwa & keimanan anda. Progam ini akan berlangsung selama tiga bulan pada setiap hari Ahad (3pm) bertempat di gereja.

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut, sila emailkan ke: sib.praise.valley@gmail.com

Akhir kata, sama-samalah kita di tahun 2010 ini teruslah setia di dalam pelayanan yang telah Tuhan Yesus Kristus mulakan 2 ribu tahun yang lalu. Jangkaulah jiwa-jiwa agar semua umat manusia dapat memperoleh kemenangan daripada kuasa-kuasa kegelapan. Bagi yang memiliki talenta untuk menari, menarilah bagi Tuhan. Yang mempunyai talenta untuk menyanyi, naikkanlah pujian & penyembahan mu bagi Sang Raja kita. Yang mempunyai karunia untuk bersaksi, bersaksilah seperti Rasul Paulus bersaksi. Kerana setiap dari kita telah Tuhan pilih untuk mengembangkan kerajaan-Nya di muka bumi ini. Bukan tugas pastor atau para pemimpin gereja semata-mata, tetapi tugas kita semua selaku anak-anak Tuhan.

Ayuh, marilah kita sama-sama bangkit dan bergerak sesuai dengan visi dan misi yang telah Tuhan tetapkan bagi kita di tahun 2010 ini. Amen! Tuhan memberkati...

1 comment:

SIB PRAISE VALLEY said...

ada perubahan sedikit, masa SPK adalah jam 2pm-4pm...
TQ

Admin says:

VISI:
Gereja yang menghasilkan penyembah-penyembah yang sejati.

MISI:
Memenangkan jiwa-jiwa dengan sorakan pujian dari seluruh bangsa, kota dan negara bagi Kristus.


Website:
http://www.sibpraisevalley.ning.com
e-mail:
sib.praise valley@gmail.com

2 TAWARIKH 20:26